Isnin, 5 September 2011

Noonsom

Noonsom merupakan salah satu hidangan tradisional bagi suku kaum Kadazan Dusun, Sabah, atau lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah :- 
Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan (buah) dan Noonsom Tuhau (ulam).

Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam.
Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sebelum dihidangkan.

Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.
Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.

Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah.
Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

 =================================================================

in the previous post... saya telah berkongsi maklumat mengenai Tuhau... ia adalah sama dengan Noonsom Tuhau... so for this post i will write about Noonsom Sada (Ikan).

Resipi Noonsom Sada

Noonsom Sada
Bahan-Bahan :
1 kati ikan air tawar
15 biji buah pangi yang kering
3 cawan nasi putih yang sejuk
6-8 sudu Garam
Cara Menyediakan :
Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam.Campurkan kesemua bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sehingga boleh dimakan.

[ Additinal Information :  
Pangi (Pangium edule Reinw) is known as a poisonous tree, but the seeds have been extensively utilized for many favorite dishes. The fresh leaves or seeds or the oil are used as an anticeptic, disinfectant or anti parasitic, to preserve meat and to kill fish.
Other name for Pangi are Pangium edule (Indonesian: keluak or keluwak;Malay: kepayang)]


Pangium Edule


Tiada ulasan:

Catat Ulasan