Sabtu, 10 September 2011

SUP MANUK LIHING

Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Manuk Lihing' dalam Bahasa Melayu (sup ayam Lihing). 
BAHAN-BAHAN: 
seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.

CARA MENYEDIAKAN:
rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.
 
Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin. 

[maklumat tambahan]

Lihing merupakan nama lain bagi arak beras pulut, juga dipanggil Nasih, Kimonol dalam bahasa Dusun. Lihing juga dikenali sebagai Hiing oleh orang Kadazan. Lihing merupakan minuman beralkohol yang diperbuat daripada beras pulut yang diperam bersama ragi atau sasad. Lihing sering diminum pada hari perayaan seperti pada hari  tadau Kaamatan oleh penduduk KadazanDusun,Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan